Rabu, 9 September 2015

Tarian Kaum Murut


 Tarian Kaum Murut Mengunatip
Tarian ini adalah sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut. Magunatip berasal dari perkataan "atip" yang bermaksud jepit atau terapit. Tarian Magunatip ditarikan berdasarkan upacara tertentu seperti Upacara Titikas yang merupakan upacara gembira seperti majlis perkahwinan. Alat yang digunakan dalam tarian ini ialah 3 batang kayu jenis keras berukuran 8-10 kaki yang berbentuk bulat menyerupai penumbuk atau alu padi. Dua daripada tiga batang kayu itu diletakkan di tengah-tengah manakala sebatang lagi kayu digunakan sebagai landasan untuk menghentak dua batang kayu tadi. Alat muzik yang digunakan ialah "sansaring" iaitu sejenis gong kecil dan "jaring" iaitu sejenis gendang.

Tarian Lansaran

Tarian Lansaran merupakan tarian tradisional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini biasanya ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". 
Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. 
Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" (singkowoton) yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. 
Kemuncak tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.


3 ulasan:

  1. ini okay audah cuma ada lagi yang mau ditambah. apa2 pun terima kasih atau pkongsian ini. daat la generasi akan dtg mngetahuinya.

    BalasPadam
  2. haiii. boleh saya tahu, adakah bahasa murut sabah dan sarawak berbeza ?

    BalasPadam
  3. ye beza alunan suara dan cara cakap agak lain juga sebutan

    BalasPadam