Rabu, 9 September 2015

Tarian Kaum Murut


 Tarian Kaum Murut Mengunatip
Tarian ini adalah sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut. Magunatip berasal dari perkataan "atip" yang bermaksud jepit atau terapit. Tarian Magunatip ditarikan berdasarkan upacara tertentu seperti Upacara Titikas yang merupakan upacara gembira seperti majlis perkahwinan. Alat yang digunakan dalam tarian ini ialah 3 batang kayu jenis keras berukuran 8-10 kaki yang berbentuk bulat menyerupai penumbuk atau alu padi. Dua daripada tiga batang kayu itu diletakkan di tengah-tengah manakala sebatang lagi kayu digunakan sebagai landasan untuk menghentak dua batang kayu tadi. Alat muzik yang digunakan ialah "sansaring" iaitu sejenis gong kecil dan "jaring" iaitu sejenis gendang.

Tarian Lansaran

Tarian Lansaran merupakan tarian tradisional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini biasanya ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". 
Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. 
Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" (singkowoton) yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. 
Kemuncak tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.


Selasa, 25 Ogos 2015

sejarah kaum murut


                             


PENGENALAN TENTANG KAUM MURUT...







Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan danSarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.Tempat tinggal mereka
termasuk TenomKemabongPensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.

Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung dan Murut Lundayeh[1]/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimanta
Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa kaum murut masing-masing.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

Selasa, 18 Ogos 2015

Haiii...inilah blog pertama saya...
Nama saya Alerey Andikos..
Boleh panggil saya Neynet atau Net
saya Lahir pada tahun 1997 .
Saya berasal dari Kg Ulu punteh,Zon Dalit Jalan Kg Ansip,Keningau, Sabah..
Saya Pelajar Kolej Geomatika Keningau..
''Happy Nice To Meet You All"